Huh, semalam seharian suntuk aku bersama rakan-rakan foto menjalankan projek yang dinamakan sebagai 100 strangers potraits di Batu Pahat. Tujuan projek diadakan sebagai menambah kemahiran dan pengetahuan kami menghasilkan potrait wajah manusia serta memperkemaskan soft skill masing-masing terutama cara berkomunikasi dengan orang yang tidak dikenali. Projek ini diilhamkan oleh Saudara Fitri Jamsari, jurufoto jalanan yang sangat gemarkan street dan candid photography.

Jurufoto jalanan ini terdiri daripada Fitri Jamsari selaku organizer, Aku, Zubai aka Shafiq, Yana Brat, Ayie, Iqram, Azhar Saad, Cikgu Zul (datang ketika waktu berbuka) serta Faiz (datang ketika waktu berbuka). Kami semua berkumpul di Depan Dewan Jubli Intan Batu Pahat tepat pukul 3 petang. Ada di kalangan otai turut serta memberi sokongan kepada kami yang masih muda dalam fotografi iaitu special thanks to Bro Salme dan otai-otai lain yang tidak sempat kukenali. Sori Bro…


Tepat kul 3.30 petang, projek ini bermula. Kami berpecah mengikut destinasi masing-masing. Aku seperti biasa dengan tag aku si Shafiq merayau mencari mangsa yang pertama…. hehe… kalo x silap yang aku ingat nama makcik tu Makcik Zainab. Malang untuk aku kerana aku tertinggal bateri kamera aku di rumah kerana pagi tersebut bateriku tgh dicharge. Bosan tanpa kamera sendiri. Nasib baik si Zubai aka Shafiq sudi meminjamkan Canon 40D. Dia memang sudi nak bagi aku pegang 40D dia tu sbb dia tengah nak racun aku tukar sistem ni… X lih blah…. Dengan kemahiran dan fungsi yang aku faham, dapatlah aku shot beberapa keping gambar. Hasilnya kena tanya Zubai aka Shafiq. =) Agak-agak aku sesuai ke dengan Canon ni? hehehe…
Projek 100 strangers potraits memang sangat mencabar. Sebab apa???? Kami dikehendaki menegur sesiapa sahaja yang berada di jalanan untuk mengambil gambar serta perlu bertanyakan satu soalan yang mudah kepada mereka. Soalannya adalah “Apakah yang anda sedang berfikir 5 saat sebelum kami mengambil gambar anda?” Ambik ko warga Batu Pahat, terkial-kial nak jawab…. macam-macam jawapan aku dengar la… ada yang kata kami ni wartawan metro… waduhhhh… jauh sangat beb~~~~~. lebih lanjut nak tau pasal projek ni kena layan flickr group kami. Link akan diberitahu kemudian… hehehehe

Aku dan Zubai aka Shafiq sempat merakamkan 20 potraits untuk projek ni… ingat senang ke? mencabar beb tapi seronok…. lepas ni kami sure x segan nak menegur sesiapa yang ada di sekeliling kami. jaga-jaga warga Malaysia, kami akan terjah sesiapa yang kami rasa kami nak tembak (macam abg nash melodi pulak~~~~)
Projet ni berakhir di BP Walk tepat pada pukul 5.45 petang. Berkumpul balik di Dewan Jubli Intan sebab lepas tu kami nak berbuka puasa pulak.. Ayie pula kena balik since mak dia sorang-sorang kat umah kata Yana Brat. Mula-mula nak buka kat Restoran Perahu then ada cadangan nak makan kat mamak (kepala otak aku dah pk tandori beb…) lastly kami decide makan kat BP Walk.. aku pun lupa nak gerai tu.. tlg jawab rakan-rakanku yang lain. So sesi berbuka puasa ini dihadiri oleh Fitri Jamsari, Zubai aka Shafiq, Aku, Iqram, Yana Brat, Faiz dan Cikgu Zul. Sambil menunggu juadah berbuka puasa, kami layan kamera apa lagi. So aku kuarkan SB 800 aku so main trigger dengan Fitri as master.. hehehe.. Budak Canon layan dengan Budak Canon. hehehe…. Hasilnya….




Selepas berbuka puasa, Yana Brat, Arif and Iqram nak balik rumah. Tinggallah aku, Zubai aka Syafiq, Fitri Jamsari dan Cikgu Zul. So we all discuss and plan to go to Parit Raja’s Bazaar since Fitri Jamsari x puas hati sebab dia x dapat banyak koleksi yang banyak. So tiba di sana tepat pukul 8.30 malam, so kami jalankan misi kami as street photographer yang tidak bertauliah di sana… Wah mcm-mcm ragam kami lihat orang di sana… Orang Parit Raja Batu Pahat memang sporting abis…. Siap ada yang mempelawa kami untuk ambil gambar mereka. Bila ditanya soalan, semua terkedu… hehehe…. Ada satu gerai pakcik jual kuih tu mmg spend masa yang lama di situ sbb prospek mengambil gambar potrait banyak di sana…. Pakcik memang best la… Lupa lak peranan aku di sana as lighting man untuk Fitri Jamsari. Menggunakan SB 800 aku as remote, nah ambik korang… cahaya tepat kena muka…. hehehehe…
Cikgu Zul dan Zubai aka Shafiq seronok bermain candid pula di sana.. So masing-masing ada peranan. Fitri Jamsari berjaya mendapatkan 37 strangers potraits (9 di bandar Batu Pahat 28 lagi di Bazaar Parit Raja) kalo tidak silap. Antara gambar candid yang diambil seperti berikut:






Projek ini ditamatkan tepat pada pukul 10.30 malam. Seronok bangat la. Walaupun masing-masing tidak dapat melengkapkan 100 potrait tetapi sedikit sebanyak kami belajar sesuatu dari projek ini. Antaranya:
- Cara berkomunikasi dengan orang yang tidak dikenali
- Adab pergaulan
- Sabar dengan kerenah manusia
- Meyakinkan orang tentang projek kami
- Menolong orang lain berniaga (Contohnya peniaga Aiskrim Magik dan Pakcik jual Kuih)
InsyaAllah usaha seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang.
“Street photography is not crime but mirror of society”
* Sumber imej dari Zubai aka Shafiq
September 17, 2009
Kategori: Diariku, Fotovela . Tag:100 strangers potraits project, azharbdhamid, batu pahat, bro salme, candid, cikgu zul, fitri jamsari, iqram, johor, mohd razali hamid, parit raja, Street Photography, yana brat, zubai aka shafiq . Pengarang: azharabdhamid . Komentar: 8 komen